January 24, 2010

Group Projek!!!!

Posted in Uncategorized at 9:41 am by muaizul

Salam to all…

Okay, post kali ni saya akan ceritakan serba sedikit mengenai projek multimedia yang telah kami rancang. Pada peringkat awal kami bersetuju untuk menyiapkan satu video yang bertemakan alam sekitar. Kami namakan projek itu sebagai “Earth Need Us”. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dirancang berlaku, kami sepakat menukar projek kami kepada suatu tema yang lain iaitu tema kekeluargaan atau lebih tepat lagi mengenai kasih-sayang ibu bapa kepada anak mereka.

Kenapa kami pilih tema ni??? Baru-baru ini kita dikejutkan mengenai satu  kes di mana seorang anak membunuh 4 orang ahli keluarga secara kejam di Gemenceh, Negeri Sembilan. Kes terbaru iaitu seorang anak yang belajar di luar negara yang bercuti memukul ayahnya sendiri kerana gagal menunaikan permintaannya untuk mendapatkan satu juta.

Macam-macam manusia sekarang sehingga tergamak melakukan sebegitu rupa terhadap keluarga sendiri terutamanya kedua ibu bapa yang bersusah payah membesar dan mendidik mereka dari kecil hingga dewasa. Jadi, atas rasa kesedaran  kami mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada kepada masyarakat terutamanya para pelajar di UKM yang merupakan kumpulan sasaran utama kami. Di sini saya sertakan draf projek kummpulan kami secara ringkas :

Tajuk Projek : CINTA INFINITI

Masalah :

Terkesan dengan kes-kes masalah kekeluargaan yang berlaku baru-baru ini, kami rasa terpanggil untuk membincangkan perkara tersebut bersama sahabat-sahabat.

Objektif :

  • Menyampaikan permasalahan isu-isu kekeluargaan yang sedang hangat diperkatakan.
  • Mengingat kembali pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak.
  • Time frame :

    13 Jan – 25 Jan         – Perancangan tugasan

    26 Jan – 9 Feb           – Memulakan gerak kerja dan pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan

    10 Feb – 21 Feb        – Mengambil  gambar dan video

    22 Feb – 8 Mac         – Kumpul dan sunting

    9 Mac – 19 Mac        – Kemas kini

    Kumpulan Sasaran : Pelajar UKM

    Tugasan :

  • Pengarah           : Aiman
  • Penyunting       : Nana
  • Penulis Skrip    : Nisa dan Nana
  • Jurukamera      : Semua
  • Pengangkutan  : Aiman dan Nisa
  • Jalan Cerita :

  • Pendahuluan – memaparkan permasalahan isu-isu kekeluargaan yang wujud ( isu-isu semasa)
  • Flashback – imbas kembali pengorbanan ibu bapa dari kita kecil hingga besar
  • Penutup – mamaparkan dalil dari Al-Quran dan Hadis serta kata-kata hikmah yang membolehkan penonton melakukan muhasabah diri sejauh mana mereka menghargai pengorbanan yang dilakukan ibu bapa
  • Secara ringkasnya inilah perancangan yang saya dan ahli kumpulan yang lain telah bincangkan. Harapan saya agar setiap perancangan yang telah dibuat berjaya dilaksanakan. InsyaAllah….Setakat ini dulu untuk kali ini. Sebarang cadangan dari sahabat-sahabat amatlah kami hargai dalam menambahbaik projek ini.

    Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: