January 24, 2010

Group Projek!!!!

Posted in Uncategorized at 9:41 am by muaizul

Salam to all…

Okay, post kali ni saya akan ceritakan serba sedikit mengenai projek multimedia yang telah kami rancang. Pada peringkat awal kami bersetuju untuk menyiapkan satu video yang bertemakan alam sekitar. Kami namakan projek itu sebagai “Earth Need Us”. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dirancang berlaku, kami sepakat menukar projek kami kepada suatu tema yang lain iaitu tema kekeluargaan atau lebih tepat lagi mengenai kasih-sayang ibu bapa kepada anak mereka.

Kenapa kami pilih tema ni??? Baru-baru ini kita dikejutkan mengenai satu  kes di mana seorang anak membunuh 4 orang ahli keluarga secara kejam di Gemenceh, Negeri Sembilan. Kes terbaru iaitu seorang anak yang belajar di luar negara yang bercuti memukul ayahnya sendiri kerana gagal menunaikan permintaannya untuk mendapatkan satu juta.

Macam-macam manusia sekarang sehingga tergamak melakukan sebegitu rupa terhadap keluarga sendiri terutamanya kedua ibu bapa yang bersusah payah membesar dan mendidik mereka dari kecil hingga dewasa. Jadi, atas rasa kesedaran  kami mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada kepada masyarakat terutamanya para pelajar di UKM yang merupakan kumpulan sasaran utama kami. Di sini saya sertakan draf projek kummpulan kami secara ringkas :

Tajuk Projek : CINTA INFINITI

Masalah :

Terkesan dengan kes-kes masalah kekeluargaan yang berlaku baru-baru ini, kami rasa terpanggil untuk membincangkan perkara tersebut bersama sahabat-sahabat.

Objektif :

  • Menyampaikan permasalahan isu-isu kekeluargaan yang sedang hangat diperkatakan.
  • Mengingat kembali pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak.
  • Time frame :

    13 Jan – 25 Jan         – Perancangan tugasan

    26 Jan – 9 Feb           – Memulakan gerak kerja dan pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan

    10 Feb – 21 Feb        – Mengambil  gambar dan video

    22 Feb – 8 Mac         – Kumpul dan sunting

    9 Mac – 19 Mac        – Kemas kini

    Kumpulan Sasaran : Pelajar UKM

    Tugasan :

  • Pengarah           : Aiman
  • Penyunting       : Nana
  • Penulis Skrip    : Nisa dan Nana
  • Jurukamera      : Semua
  • Pengangkutan  : Aiman dan Nisa
  • Jalan Cerita :

  • Pendahuluan – memaparkan permasalahan isu-isu kekeluargaan yang wujud ( isu-isu semasa)
  • Flashback – imbas kembali pengorbanan ibu bapa dari kita kecil hingga besar
  • Penutup – mamaparkan dalil dari Al-Quran dan Hadis serta kata-kata hikmah yang membolehkan penonton melakukan muhasabah diri sejauh mana mereka menghargai pengorbanan yang dilakukan ibu bapa
  • Secara ringkasnya inilah perancangan yang saya dan ahli kumpulan yang lain telah bincangkan. Harapan saya agar setiap perancangan yang telah dibuat berjaya dilaksanakan. InsyaAllah….Setakat ini dulu untuk kali ini. Sebarang cadangan dari sahabat-sahabat amatlah kami hargai dalam menambahbaik projek ini.

    Advertisements

    January 22, 2010

    2G.B

    Posted in Uncategorized at 10:11 am by muaizul

    Salam to all…

    Mesti sahabat2 tertanya-tanya apa la 2G.B ni???? Sebenarnya 2G.B ni adalah nama kumpulan kami untuk projek multimedia nanti yang terdiri dari :

    1. MUHAMMAD AIMAN BIN ZULKIFELI                 A123339
    2. NUR SYAZANA BT MOHAMED LATIF                   A123028
    3. KHAIRUNISA BT ABD RAHAMAN                          A122788

    Idea asal untuk nama  ni diberi oleh Nana dan setelah di’touch-up’ sikit jadilah sebagaimana yang tertulis tu. Kenapa 2G.B??? Senang je sebab kumpulan ni terdiri dari 2 girls dan 1 boy. So, jadilah 2G.B

    Kami juga dah bincangkan mengenai projek multimedia yang akan dilakukan. Berkenaan dengan projek tersebut akan saya ceritakan dalam post yang berikutnya. Okay, stay tuned.

    p/s : nk dptkan nama group punya la lame…hampir sejam kot

    January 17, 2010

    Hello world!

    Posted in Uncategorized at 12:45 pm by muaizul

    Salam untuk semua…

    Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga publish blog ni…1st time guna benda ni so banyak lagi yang kena explore…sape2 yang ada cadangan or idea boleh la kongsi bersama…

    Sekadar ni je untuk kali ni…keep in touch

    salam…=)